Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sunway Square Mall Patuh Arahan Negeri, Larang Haiwan Peliharaan Dalam Kawasan Tertutup

Sunway Square Mall mengemas kini dasar haiwan peliharaannya berkuat kuasa serta-merta susulan arahan negeri yang ditegaskan semula oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

Foto: TikTok @fatinafqh_

Menurut kenyataan pusat beli-belah itu, langkah berkenaan diambil bagi memastikan pematuhan penuh terhadap arahan pihak berkuasa negeri, selain mengekalkan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa untuk semua pengunjung.

“Sejajar dengan arahan tersebut, haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam kawasan dalaman tertutup Sunway Square Mall,” katanya hari ini.

Semalam, Ng menegaskan Selangor mengekalkan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah tetapi erajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.

Sementara itu, Sunway Square Mall turut menjelaskan bahawa haiwan peliharaan hanya dibenarkan berada di kawasan luar yang dikhaskan sebagai taman mesra haiwan peliharaan.

“Haiwan peliharaan hanya dibenarkan di kawasan luar yang ditetapkan iaitu Squarrel’s Playground di Sunway South Quay Lake.
“Pemilik haiwan peliharaan juga dibenarkan membawa haiwan mereka melalui laluan antara tempat letak kereta pusat beli-belah di aras B3 dan B4 ke kawasan berkenaan dengan panduan pasukan keselamatan kami,” ujar kenyataan itu.

Mengulas lanjut, pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut menegaskan bahawa pelaksanaan dasar berkenaan adalah bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Langkah ini bertujuan memastikan persekitaran pusat beli-belah kekal selamat, bersih dan selesa untuk semua pengunjung, selaras dengan keperluan kesihatan awam,” jelasnya.

Sunway Square Mall turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami orang ramai susulan penguatkuasaan dasar tersebut.

“Kami menghargai kefahaman komuniti dan akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pengunjung dengan penuh keprihatinan dan rasa hormat,” tambah Sunway Square Mall.

Foto: TikTok @ivor_xianz

Terdahulu, Sunway Square Mall yang baru dibuka menjadi tumpuan apabila dikatakan menjadi pusat beli-belah pertama di Malaysia yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan.

Foto: Facebook Sunway Square Mall

Ia sekali gus menjadi tumpuan pengunjung lain untuk merakam gelagat haiwan peliharaan masing-masing sehingga tular di aplikasi TikTok.

Sumber: Facebook Sunway Square Mall

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd