Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lima Bulan Berlalu, Suami Dilapor Luang Masa Di Pusara Barbie Hsu Setiap Hari

Kisah kesetiaan DJ Koo Jun-yup terhadap mendiang isterinya, Barbie Hsu, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang netizen mendedahkan dia sering melihat DJ Koo berada di pusara Barbie, hampir setiap hari sejak pemergiannya.

Tak kira hujan panas, DJ Koo tetap di pusara Barbie Hsu

barbie hsu

Foto: yahoo!life

Menurut laporan Yahoo!life, seorang netizen berkongsi di Threads bahawa dia terserempak dengan DJ Koo ketika membawa sekumpulan pelawat ke Tanah Perkuburan Chin Pao San untuk menziarahi pusara Barbie Hsu. Pada mulanya, dia bimbang sukar mencari lokasi pusara, namun rasa terkejut menyelubunginya apabila ternampak seorang lelaki duduk sendirian di tengah kawasan perkuburan.

Artikel lain: Suami Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Berniaga Air Sambil Urus Isteri Hidap Strok

“Mula-mula saya fikir adakah itu DJ Koo, dan bila kami semakin dekat, memang betul.
“Dia siap senyum dan ucap terima kasih kepada kami,” katanya.
barbie hsu

Foto: yahoo!life

DJ Koo dilihat berpenampilan santai dengan seluar pendek, baju tanpa lengan dan topi bagi melindungi wajah daripada panas terik. Walaupun hadir dalam keadaan sederhana, suasana di lokasi tersebut penuh rasa sayu dan rindu.

Netizen tersebut turut meluahkan rasa simpati terhadap DJ Koo.

“Sejujurnya, hati terasa sebak melihat dia. Sukar untuk membayangkan kesedihan apabila kehilangan insan yang dicintai. Dia lelaki paling setia yang pernah saya lihat. Semoga dia mampu mengharungi ujian ini.” ujar netizn.
barbie hsu

Foto: yahoo!life

Kisah berkenaan mendapat perhatian ramai yang memuji keteguhan hati DJ Koo. Ada juga warganet lain yang berkongsi pengalaman melihat DJ Koo di kawasan sama setiap kali menziarahi pusara bapanya.

“Setiap kali saya datang, dia pasti ada di situ. Tidak kira hujan atau panas, dia tetap berada di sana,” jelasnya.

Kisah ini membuatkan ramai menyifatkan hubungan antara DJ Koo dan Barbie Hsu sebagai salah satu kisah cinta yang penuh kesetiaan, seolah-olah adegan dalam drama yang menyentuh hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Yahoo!life 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd