Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Staf Pejabat Agama Dedah BCL Bakal Nikah 2 Disember Di Bali?

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau dikenali BCL menjadi bualan ramai selepas tular dakwaan dia bakal menamatkan zaman ‘balu’ dengan ahli perniagaan, Tiko Pradipta Aryawardhana.

BCL bakal nikah 2 Disember depan?

Memetik laporan media Indonesia, BCL dan Tiko dikhabarkan bakal ‘nikah’ pada 2 Disember depan dan majlis pernikahan akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan yang dikenali Emma Fatmayani.

Dia juga berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL dan Tiko adalah di KUA Mengwi, Bali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.

BCL nikah

Perkongsian tersebut sekaligus mendedahkan Tiko berstatus duda.

“Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini,” katanya lagi.

Disoal mengenai tarikh pernikahan pasangan itu, Emma bagaimanapun mengakui dirinya tidak mengetahui kerana tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Jelasnya, pihaknya hanya membuat surat permohonan nikah.

Sebelum ini, tular gosip percintaan BCL dan Tiko selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu .

BCL nikah

Kelibat dan aksi mesra dalam video tersebut membuatkan ramai yang membuat spekulasi bahawa wujud hubungan istimewa antara mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Tiko juga dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Artikel lain: Sambut ‘Birthday’ Ke-40 Di Pusat Hiburan, BCL Dah Ada Teman Istimewa?

Sekadar info, Bunga sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah, 12.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak hidup solo, BCL kerap terpalit dengan gosip cinta bersama beberapa selebriti lelaki Indonesia seperti Ariel Noah dan Reza Rahadian.

Sumber: BangkaPos.com Dedy Qurniawan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd