Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SSPA: Penjawat Awam Boleh Semak Kadar Baharu Gaji Bermula Minggu Depan

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi membolehkan penjawat awam menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji selepas pelarasan gaji pada minggu depan.

Menerusi laporan Bernama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perincian mekanisme pelarasan gaji tersebut semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini.

Foto: Bernama

“Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita.
“Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Disember akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu,” katanya.

Beliau juga berkata, SSPA diguna pakai oleh semua perkhidmatan awam Persekutuan dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Laman Web SSPA

“Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, jika mereka menerima SSPA ini, maka ia menerima pakai semua sama seperti penjawat awam Persekutuan,” ujarnya.

Mohd Shaiful turut memaklumkan mengenai kebaikan sistem itu yang bukan hanya untuk kenaikan gaji, malah merangkumi pembangunan organisasi dan bakat pegawai serta manfaat kepada para pesara.

“”Mengikut Akta Pencen, jika berlaku kenaikan gaji kepada pegawai (sedang) dalam perkhidmatan, pesara-pesara juga akan terkesan. Jadi, bermaksud mereka juga akan menerima kenaikan mengikut formula-formula yang ditetapkan,” jelas beliau lagi.

Foto: Facebook JPA

Untuk makluman, MAPPA-ke19 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya jam 8 pagi pada tarikh berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd