Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

SRK Mengigil Kemaluan Dicucuk Jarum, Dedah Pengalaman Lucu Buat Rawatan Akupunktur

Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan pengalaman yang agak memalukan ketika menjalani rawatan akupunktur untuk menghilangkan sakit bahagian lehernya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Shah Rukh Khan menyangka lehernya akan dicucuk jarum bagi menjalani rawatan tersebut namun, sangkaannya itu meleset sama sekali.

Jelasnya, bahagian kemaluannya terpaksa dicucuk dan dia menganggap kejadian itu adalah sangat menghiburkan dan memalukan bagi dirinya.

“Apabila membayangkan bahagian leher yang akan dicucuk dengan jarum saya sudah mula rasa takut.
“Tetapi ketakutan saya jadi berganda apabila pengamal perubatan itu mencucuk jarum halus itu ke bahagian alat kemaluan! Boleh anda bayangkan rasa sakit itu? Saya menggigil sepanjang proses itu dilakukan,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 57 tahun itu turut mengatakan dia tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital disebabkan takut dan sudah mengalami sakit di bahagian leher sejak beberapa tahun yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih melucukan, pengamal perubatan tersebut berasal dari bahagian timur India dan secara tidak langsung Shah Rukh Khan mengalami sedikit masalah untuk memahami bahasa yang digunakannya.

“Apa lebih melucukan saya tidak memahami apa yang dicakapkan kerana pengamal perubatan itu berasal dari bahagian timur India. Bahasa digunakan berbeza menambah kekeliruan saya.
“Saya hanya menurut perintah apabila diminta tanggalkan pakaian sebab tidak faham apa dia cuba sampaikan,” jelasnya.

Sumber: mStar 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd