Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Sedia Siasat Projek MyKiosk Jika Wujud Unsur Rasuah – Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti wujudnya elemen rasuah atau salah laku berkaitan projek MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung isu tersebut, termasuk dokumen berkaitan projek yang dikemukakan oleh KPKT.

Foto: Buletin TV3

“Ada laporan diterima, saya boleh sahkan (laporan) oleh MCA semalam dan hari ini ada pihak KPKT membekalkan beberapa dokumen (berkaitan projek MyKiosk).
“Saya beri jaminan sekiranya ada elemen rasuah, kita akan siasat bagi masa kepada kita untuk melihat apa-apa keterangan,” katanya.

Terdahulu, KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyerahan dokumen kepada SPRM dilakukan secara sukarela sebagai tanda komitmen kementerian terhadap prinsip ketelusan dan integriti.

Projek MyKiosk menarik perhatian umum selepas dakwaan berkenaan kos yang dianggap terlalu tinggi timbul, mendorong Pemuda MCA Selangor membuat laporan rasmi kepada SPRM bagi meminta siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, Azam memaklumkan bahawa setakat ini tiada kertas siasatan dibuka kerana laporan yang diterima masih bersifat awal dan sebahagiannya hanya bersandarkan maklumat daripada media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: alhijrah

“Setakat ini apa yang dilaporkan kepada kami adalah berdasarkan maklumat media sosial dan sebelum ini SPRM pun tidak menerima sebarang laporan khusus yang menyatakan sebarang dokumen, keterangan dan sebagainya.
“Jadi berhubung perkara yang timbul daripada media sosial ini, saya perlu ulang beberapa kali bahawa kita perlu membuat pengesahan terlebih dahulu, tak boleh buat kesimpulan,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd