Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Gagal Laksana Perlindungan, SKMM Sekat Sementara AI Grok Mulai Hari Ini

SKMM Sekat Sementara AI Grok Mulai Hari Ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan sekatan sementara ke atas akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna tempatan, berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok secara berulang untuk menjana kandungan lucah, kandungan seksual eksplisit, kandungan tidak senonoh yang jelik melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

Menurut SKMM, penyalahgunaan tersebut turut melibatkan wanita dan kanak-kanak.

“Sekatan akses kepada Grok akan kekal sehingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan, khususnya bagi mencegah kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak,” ujar kenyataan SKMM hari ini.

SKMM Sekat Sementara AI Grok Mulai Hari Ini

Kenyataan itu menambah, notis telah dikeluarkan terhadap X Corp. dan xAl LLC masing-masing pada 3 Januari dan 8 Januari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia bagi menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal dan penyelia kandungan yang berkesan untuk mencegah kandungan janaan AI yang melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp. pada 7 dan 9 Januari lalu hanya memberi tumpuan kepada mekanisme pelaporan oleh pengguna dan gagal menangani risiko sedia ada hasil daripada reka bentuk serta pengoperasian Grok.

SKMM menegaskan perkara tersebut tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan undang-undang.

Sehubungan itu, sekatan dikenakan sebagai langkah pencegahan sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas SKMM, mereka kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp. dan xAl LLC, tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

Artikel lain: MCMC Ingatkan Orang Ramai Jangan Sebar Gambar Mangsa Tikaman Pelajar

Orang awam juga digesa untuk melaporkan sebarang kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada SKMM dengan segera dan, jika perlu, membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia.

Dua hari lalu, media melaporkan ciri suntingan imej dalam Grok, yang dibangunkan syarikat milik Elon Musk, kini hanya boleh diakses oleh pengguna berbayar berikutan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi itu untuk menghasilkan imej palsu atau deepfake, termasuk melibatkan tokoh politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd