Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siapa Sangka, Gadis Setinggan Kini Jadi Model Terkenal Di Usia 15 Tahun

Siapa sangka, seorang remaja perempuan yang dahulunya membesar di kawasan setinggan kini sudah menjadi model terkenal menghiasi majalah terkemuka dunia.

Menurut Sinar Harian, Maleesha Kharwa membesar di sebuah kawasan setinggan di Dharavi, Mumbai selama 13 tahun bersama keluarganya.

Bagaimanapun, kehidupannya bertukar 360 darjah apabila dia bertemu dengan seorang aktor dari Amerika Syarikat (AS) yang membuka peluang kepadanya menjadi seorang daripada model remaja paling terkenal di India.

@sinarharianonline

Bertuah kau dik, sekelip mata sahaja hidup kamu berubah #beritatiktok #sinarharian #sinaronline model #rumahsetinggan

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Difahamkan, selain dilantik menjadi duta produk kecantikan, wajahnya sudah menghiasi muka depan sejumlah majalah antarabangsa popular seperti Vogue dan Cosmopolitan.

Meskipun usianya baru sahaja 15 tahun, wajahnya sudah banyak menghiasi kebanyakan papan iklan di India dan siapa sangka, tiga tahun lepas, Maleesha hanya budak perempuan comot yang tinggal di kawasan setinggan.

Sehingga kini, Maleesha sudah mempunyai lebih 300,ooo pengikut di Instagram dan kisahnya menjadi inspirasi buat remaja yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menceritakan kembali kariernya sebagai seorang model, Maleesha telah berjumpa dengan pelakon filem Step Up 2: The Streets, Robert Hoffman yang merakam videonya duduk di atas tilam di dalam khemah di kawasan rumahnya.

Selepas tularnya video tersebut di media sosial, Maleesha telah mendapat pelbagai tawaran untuk menjadi model dan secara tidak langsung telah mengubah nasib kehidupannya.

Apa yang lebih mengharukan, perkara pertama yang dilakukan Maleesha selepas dia memperoleh sejumlah duit adalah membawa keluarganya berpindah keluar dari kawasan setinggan tersebut.

“Saya berasa bangga dengan diri sendiri kerana dapat bantu keluarga mempunyai kehidupan yang lebih baik. Saya bersyukur dengan peluang yang ada dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Sumber: TikTok @Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd