Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Setiap Saat RM2,300, Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM8.28 Juta Sejam

Kerajaan kini menanggung beban subsidi bahan api yang mencecah sekitar RM8.28 juta sejam susulan lonjakan harga minyak dunia akibat krisis bekalan global yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat.

Kita belanjakan RM2,300 setiap saat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein menyatakan jumlah subsidi meningkat daripada RM6 bilion pada Mac kepada RM7 bilion pada April, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemampanan jangka panjang.

“Saya kira tanggungan subsidi setiap saat ialah RM2,300. Setiap saat kita membelanjakan RM2,300 untuk subsidi bahan api,”

Proses aktifkan semula tenaga dijangka makan waktu

Beliau menjelaskan situasi semasa berbeza dengan krisis pandemik sebelum ini kerana ia berpunca daripada kekurangan bekalan, bukan permintaan, sekali gus memberi tekanan berpanjangan kepada harga global.

Malah, walaupun laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz kembali dibuka, proses pemulihan bekalan minyak dijangka mengambil masa lama kerana banyak telaga minyak masih belum dapat diaktifkan semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Proses untuk mengaktifkan semula telaga ini dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan atau lebih lama, bergantung kepada tahap kerosakan dan keselamatan kawasan.
Ketika pandemik COVID-19, pemulihan bekalan mengambil masa sehingga 18 bulan. Justeru, bekalan minyak global dijangka kekal terhad dalam tempoh yang panjang,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau mengakui tekanan inflasi tidak dapat dielakkan, namun kerajaan berusaha mengawal kos pengangkutan bagi mengurangkan kesan kepada harga barang asas.

Setakat ini, bekalan bahan api domestik dilaporkan masih mencukupi sehingga Jun seperti dijamin oleh PETRONAS.

Sumber: Berita Harian (Kamarulzaidi Kamis dan Mahanum Abdul Aziz)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd