Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sertai DAP, Keahlian Amos Thien Dalam MUDA Gugur Secara Automatik

Keahlian bekas Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sabah iaitu Amos Thien dalam parti itu gugur secara automatik selepas beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Menerusi satu kenyataan, Jawatankuasa Negeri MUDA Sabah menyatakan tindakan Amos meninggalkan parti itu tidak menjejaskan mereka.

https://www.facebook.com/partimudasabah/posts/pfbid0PgmZPVfqr4TLdgTei8FaYGcspZJJzE4RN9TM4Ycfqxmg8vF5LtbLZzquwaUpHz8Rl

“Amos telah meletak jawatan sebagai Pengerusi MUDA Sabah pada bulan Oktober 2023.
“Sehubungan itu, jawatan Pengerusi MUDA Sabah kini dipangku oleh Timbalan Pengerusi, Faezrah Rizalman sejak November 2023 sehingga pemilihan parti yang akan datang.
“MUDA adalah sebuah parti yang inklusif yang meraikan perbezaan pendapat dan mengangkat semangat setiakawan,” katanya.

Artikel lain: Isu Kebakaran KK Mart, AMK Gesa Dr Akmal Saleh Bertanggungjawab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu MUDA Sabah juga mengucapkan selamat maju jaya buat bekas pengarah parti itu dalam perjalanan baharunya.

Keahlian Amos Thien Dalam MUDA Gugur Secara Automatik

“Dengan itu, kami mengucapkan selamat maju jaya serta mengharapkan yang terbaik buat perjalanan baru diceburi oleh Amos,” ujarnya.

Sementara itu, MUDA Sabah akan terus mengetengahkan isu rakyat khususnya untuk memastikan hak, kebajikan dan pendidikan rakyat Sabah terus diperjuangkan dan diperkasakan.

“MUDA Sabah juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung ideologi dan memastikan bahawa kerjasama adalah demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya.

Sumber: Facebook Parti MUDA Sabah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd