Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Serik Kena Buli, Lucinta Luna Tekad Berhijrah & Cari Jodoh Di Jerman

Penyanyi dan personaliti media sosial ‘transgender’ tersohor Indonesia, Lucinta Luna menyatakan hasratnya untuk berpindah ke luar negara setelah tidak tahan menjadi mangsa buli oleh masyarakat di sana.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mengakui hidupnya kini agak sunyi dan kosong sehingga memerlukan seseorang di sisi bagi membantu menaikkan semangatnya yang hilang.

Lucinta berkata, walaupun ramai melihat dia gembira serta tiada masalah seperti yang dilihat di media sosial, sebaliknya dia hanyalah seorang insan transgender kesepian.

Disebabkan itulah, dia mempunyai perancangan untuk berhijrah ke luar negara selain turut membayangkan akan berkahwin dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia juga membayangkan dapat mengambil dan menjaga anak angkat sewaktu tinggal di sana.

“Saya nak habiskan hidup di sana. Jika diberi pilihan, saya mahu ke Jerman terlebih dahulu sebelum netizen mengenali say,”ujar Lucinta menerusi temubual di Youtube.

Di kesempatan itu, transgender berusia 33 tahun itu mengaku dia sudah serik menjadi mangsa buli apabila sering dikritik netizen sehingga mendatangkan tekanan dalam hidupnya.

Sumber: Youtube Deddy Corbuzier

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd