Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serang Kanak-Kanak Ke Pasar Malam, Lelaki Positif Bahan Terlarang Direman 4 Hari

Lelaki didakwa menyerang dan memukul seorang kanak-kanak perempuan yang menuju ke pasar malam di Bukit Sentosa di sini, semalam kini direman selama empat hari sehingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan.

Serang kanak-kanak ke pasar malam

Memetik kenyataan yang dikongsikan Polis Daerah Hulu Selangor, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin menyatakan perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jika sabit kesalahan, hukuman bagi kesalahan pertama ialah penjara sehingga tiga tahun atau sebatan atau kedua-duanya dan kesalahan kedua hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Ditarik sewaktu ke pasar malam bersama kakak & abang

Terdahulu, Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian membabitkan mangsa berusia sembilan tahun yang dipercayai ditarik oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berjalan bersama kakak dan abangnya menuju ke pasar malam di Jalan Bakawali.

Menurutnya, laporan diterima daripada seorang wanita tempatan kira-kira jam 8 malam semalam dan susulan kejadian itu, suspek lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penganggur berjaya ditahan.

“Individu terbabit dipercayai memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki sehingga mengakibatkan kecederaan.
“Polis Hulu Selangor melalui Balai Polis Bukit Sentosa berjaya menahan suspek lelaki tempatan di rumahnya di kawasan Bukit Sentosa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ke pasar malam

Artikel lain: Bapa Kongsi Detik Cemas, Anak Hampir Diculik – “Dia Tarik Bawa Sampai Tingkat Atas”

Dalam perkembangan sama, Ibrahim menegaskan pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan percaya penahanan suspek berjaya menyelesaikan kes di Hulu Selangor, selain meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha pihak berkuasa.

Sumber: Facebook Polis Daerah Hulu Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd