Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seramai 5,600 Kakitangan Awam Kedah Terima Bantuan Khas RM400

Kerajaan Negeri Kedah akan berikan bantuan khas berjumlah RM400 kepada semua kakitangan awam pada 14 September ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemberian itu akan melibatkan seramai 5,600 kakitangan awam di negeri tersebut dengan peruntukan lebih RM2.08 juta.

Difahamkan, pemberian tersebut adalah selari dengan pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam di peringkat Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, pemberian itu diumumkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini kerana bimbang orang rami anggap ia sogokan pilihan raya untuk mendapat undian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak umumkan perkara ini semasa tempoh berkempen kerana khuatir perkara ini akan menjadi sogokan pilihan raya. Jadi, kita umumkan selepas selesai pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi percaya bahawa exco-exo akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional ketika berurusan dengan para pegawai agensi-agensi Persekutuan.

“Saya rasa pertemuan itu akan menyelesaikan anggapan tersebut. Saya percaya semua pegawai agensi-agensi persekutuan bersikap profesional kerana mereka dilantik atas pelantikan pengurusan dan profesional,” ujarnya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian tema dan logo bagi sambutan hari kebangsaan 31 Ogos ini, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri Kedah akan mengikut Kerajaan Persekutuan.

Sumber: UtusanTV (Muhammad Izzat Nasuruden)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd