Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Selepas UMNO, BN Juga Tiada Kaitan Dengan Siasatan Kes Ismail Sabri – Zambry

Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa gabungan itu tiada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

BN juga tiada kaitan dengan siasatan kes Ismail Sabri

Menurut laporan Malaysia Gazette, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai mana-mana pihak yang cuba mengaitkan kes dihadapi bekas Naib Presiden UMNO itu dengan komponen parti tersebut.

BN juga tiada kaitan

Foto: Bernama

“(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN).
“Seperti dimaklumkan, jika (terdapat sebarang) isu terkait dengan individu (dalam parti), ia tiada kaitan dengan BN.
“Isu terkait dengan individu biarlah diuruskan dengan individu terbabit, tetapi yang mustahaknya biarlah proses berjalan seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat pada Khamis.

Artikel lain: Akmal Saleh Beri Amaran Pemimpin BN Di Sabah, Jangan Lompat Parti Jika Menang PRN

BN juga tiada kaitan, selepas UMNO suara isu sama

Sebelum itu, UMNO berkata mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri yang menemukan RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta di tiga premis, pada 2 Mac lalu.

BN juga tiada kaitan

Foto: Bernama

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti berkenaan memandang serius terhadap sebarang cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan siasatan terbabit.

Difahamkan, proses merekod keterangan Ismail Sabri dijangka ditunda sehingga paling awal minggu depan susulan masih dalam cuti sakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd