Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas Tiga Tahun Bersama, Heberty Ucap Selamat Tinggal JDT -“Tiba Masanya…”

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung jersi Harimau Selatan.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran perpisahan yang dimuat naik pemain berusia 37 tahun berkenaan, yang merakamkan penghargaan terhadap kelab, barisan kejurulatihan serta penyokong atas peluang yang diberikan sepanjang tempoh bersama gergasi bola sepak tanah air itu.

Kontrak pemain kelahiran Brazil itu tamat secara rasmi pada Ahad berdasarkan kemas kini Transfermarkt, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya walaupun tiada pengumuman awal dibuat mengenai destinasi seterusnya.

 

Untuk rekod, Heberty tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 2023 dari Bangkok United, selepas sebelum itu pernah beraksi bersama Cerezo Osaka, dan pantas menjadi antara tonggak penting dalam skuad JDT dengan impak besar menerusi kaki kiri berbisa miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang bersama kelab tersebut, beliau mencatat 74 penampilan dengan 30 gol, selain memainkan peranan penting dalam membantu JDT mengekalkan dominasi bola sepak tempatan dengan koleksi kejuaraan termasuk Piala FA dan Piala Malaysia.

Namun musim ini menyaksikan minit permainannya terhad apabila hanya mencatat 13 penampilan serta tidak diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebelum akhirnya melabuhkan tirai perjalanan bersama kelab tersebut.

“Selepas tiga tahun yang tidak dapat dilupakan, tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang sangat istimewa ini.
“Saya pergi dengan hati yang penuh kesyukuran dengan keyakinan bahawa saya sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap saat,” katanya.

Sumber: IG Heberty Fernandes

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd