Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Tamatkan Nyawa Isteri, Penganggur Sekali Lagi Didakwa Bakar 9 Kenderaan

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Tangkak hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kenderaaan milik isterinya serta abang iparnya.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32, bagaimanapun hanya mengaku bersalah terhadap enam daripada sembilan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Foto: Kosmo!

Bagi pertuduhan pertama serta kelima hingga kesembilan, tertuduh mengaku membakar enam kenderaan, terdiri daripada dua pacuan empat roda, dua motosikal, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dan sebuah kereta.

Kejadian berlaku di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong dan Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil antara jam 4.36 hingga 6.46 pagi, pada 3 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua sehingga keempat yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta di lokasi dan waktu yang sama, dia mengaku tidak bersalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa tiada jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh turut berdepan pertuduhan membunuh.

Foto: Harian Metro

Pagi tadi, Mohamad Khairul turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak atas pertuduhan membunuh isterinya Lecah Junus, 34, dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan, namun tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan tersebut yang dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen, fakta dan hukuman terhadap enam pertuduhan yang diakuinya serta pelantikan peguam bagi pertuduhan yang dinafikan.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd