Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas 30 Tahun Bekerjasama, RTM Tamatkan Siaran Di Astro Mulai 1 Julai

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menamatkan perkhidmatan siaran saluran-salurannya di platform satelit Astro Malaysia Holdings bermula 1 Julai ini selepas hampir 30 tahun kerjasama.

Foto: Astro Malaysia Holding Berhad

Memetik laporan daripada Harian Metro, dalam satu pekeliling bertarikh 11 Mei, RTM memaklumkan kedua-dua pihak berdepan kesukaran untuk mencapai persetujuan harga serta kontrak yang memenuhi keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing.

“Sehubungan itu, RTM memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan penyiaran saluran RTM iaitu TV1-HD, TV2-HD dan Okey di platform satelit ASTRO serta platform ‘over-the-top’ (OTT) yang dikendalikan. Penamatan ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026,” katanya.

RTM dan Astro sebelum ini menjalinkan kerjasama penyiaran sejak 1996 bagi TV1 dan TV2, manakala saluran Okey sejak 2009.

RTM turut memaklumkan kerjasama tersebut sebelum ini memberi impak positif kepada penonton kedua-dua pihak, namun kos sewaan yang meningkat menjadi faktor utama penamatan perkhidmatan itu.

Sumber: Harian Metro (Asila Jalil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd