Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selangor Rekod 688 Kuil Hindu Didakwa Dibina Secara Tidak Sah Sehingga Pertengahan April

Kerajaan Selangor telah mengenal pasti sebanyak 688 kuil Hindu yang beroperasi tanpa kebenaran sehingga 16 April lalu, menurut EXCO Pembasmian Kemiskinan dan Sumber Manusia negeri, V Papparaidu.

Beroperasi tanpa kebenaran

Beliau menjelaskan, angka tersebut merangkumi kuil yang dibina tanpa kelulusan sama ada di atas tanah kerajaan mahupun tanah milik persendirian.

Jelasnya lagi, daripada jumlah itu, sebanyak 433 kuil dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran. Daerah Petaling mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 96 kuil, diikuti Kuala Selangor (81), Gombak (57), Hulu Langat (55), Klang (45), Kuala Langat (36), Sepang (34) dan Hulu Selangor (29).

“Sebanyak 255 kuil dibina di atas tanah milik tanpa kebenaran membabitkan daerah 126 kuil di Kuala Selangor, diikuti Kuala Langat (38), Sepang (28), Hulu Selangor (22) Klang (20), Hulu Langat (12)., Petaling (8), Sabak Bernam (2) dan Gombak (1).
“Berdasarkan inventori di sembilan Pejabat Daerah Tanah sehingga 16 April lalu terdapat 285 kuil yang dibina secara sah dan 688 kuil dibina tanpa kebenaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak 973,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan S Preakas (PH-Kota Kemuning) berkaitan kuil dan tanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Papparaidu memaklumkan kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa lot tanah yang dirizabkan bagi tujuan rumah ibadat bukan Islam (RISI) di beberapa lokasi di seluruh Selangor.

Namun begitu, beliau menjelaskan kerajaan negeri sedang menilai semula kesesuaian lot-lot berkenaan dari aspek perancangan, status tanah serta keperluan setempat.

“Ini termasuklah sebagai opsyen penempatan semula bagi rumah ibadat yang sudah lama dibina tetapi tidak dapat diwartakan di tapak sedia ada.
“Pendekatan ini diambil bagi memastikan penyelesaian yang lebih tersusun, praktikal dan selaras dengan keperluan perundangan serta keharmonian masyarakat,” katanya.

Papparaidu yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) turut menjelaskan bahawa setiap permohonan pemberimilikan dan pewartaan tanah perlu mematuhi peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Artikel lain: Akan Dipindah Sebab Ganggu Kuil? Fitnah! Hospital Bukit Mertajam Nafi Dakwaan, Buat Laporan Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap permohonan akan dinilai secara menyeluruh oleh jabatan teknikal berkaitan dengan mengambil kira status tanah, zon guna tanah dan keperluan teknikal yang dikawal selia oleh agensi masing-masing, sebelum dipertimbang untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
“Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil.2/2010 bertarikh 26 Jun 2010, semua tapak rumah ibadat hanya akan dipertimbangkan untuk pewartaan dan dikawal selia oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Bagi permohonan pewartaan tapak rumah ibadat selain Islam, permohonan itu akan dibentangkan dahulu di Mesyuarat LIMAS sebelum diangkat untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd