Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sederhana & Sikap ‘Gila-Gila’ Punca Rizky Febian Tertawan Dengan Mahalini

Semalam, ketibaan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian ke Kuala Lumpur bersama kekasih hati, Mahalini Raharja, mencuri tumpuan ramai orang terutama dalam kalangan peminat.

@itsmed.a

Kisah sempurna ❤️ @Rizky Febian @Mahalini Raharja #kisahsempurna #rizqifebian #mahaliniraharja #fyp #fypage #foryoupage #dayangareeda #tiktokmalaysia #viral #tiktokindonesia @Njan 🙈 #fypdongggggggg

♬ suara asli – RM Liric ✨ – IkyLini Musik Lyric✨

Hadir bersama kekasih hati, Rizky menyifatkan keperibadian Mahalini sangat disenangi kerana mereka berdua terlalu banyak persamaan bersama. Kesamaan personaliti itu sekaligus membuatkan mereka serasi bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

“Saya dan Mahalini, kami pasangan yang biasa-biasa saja. Kami selalu bergembira bersama kerana masing-masing ‘gila-gila’ dan tidak terlalu menjaga imej. Kami boleh bergurau dan berbincang semua perkara.

Selain itu, Rizky memberitahu sikap mereka berdua saling menyokong karier masing-masing selain sentiasa membahagi masa bersama membuatkan mereka lebih rapat dan selesa.

Malah, kehadiran Mahalini yang juga penyanyi di Malaysia bersama Rizky dikatakan  kerana dia mempunyai kelapangan masa.

Diusik mengenai perancangan masa depannya bersama kekasih hati, pemilik nama memohon doa yang baik-baik buat hubungan mereka berdua walaupun masing-masing berbeza agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Rizky yang juga anak pelawak terkenal Indonesia, Sule meluahkan kegembiraan apabila konsert besarnya di Malaysia mendapat sokongan insan tersayang dan keluarga tercinta.

“Saya teruja untuk konsert malam nanti, kerana buat kali pertama ditonton secara langsung oleh bapa dan semua adik-beradik yang sanggup datang ke Malaysia untuk bersama-sama saya. Ia sangat menyentuh hati.
“Selama dua konsert saya di Jakarta dan Bandung sebelum ini, ayah dan adik-adik tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan urusan mereka. Jadi, malam nanti, saya ingin membuat sehabis baik untuk semua yang hadir,” katanya.

Selain itu, Rizky bersyukur kerana keluarganya menyokong kerjayanya sebagai anak seni dari mula dia ceburi bidang tersebut sehingga berjaya sampai ke tahap sekarang walaupun dibayangi populariti bapanya sendiri.

Sekadar info, malam ini Rizky akan mengadakan Konsert Rizky Febian In KL di mana akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8.30 malam ini.

Rizky cukup terkenal dengan beberapa buah lagu seperti Hingga Tua Bersama, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram (@rizkyfbian & mahaliniraharja), Harian Metro, OhBulan!

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd