Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebut Sahaja Dadah, Orang Nampak Kelantan Sedangkan Jumlah Penagih Naik Di Seluruh Negara – Exco

Semua pihak diingatkan agar tidak mempolitikkan isu penyalahgunaan dadah, khususnya apabila melibatkan negeri Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad, tanggapan bahawa negeri itu menjadi punca utama masalah dadah di Malaysia adalah tidak adil serta tidak berasaskan fakta menyeluruh.

Foto: Media Sosial

“Sebut sahaja dadah, orang nampak Kelantan sedangkan berdasarkan data dari tahun 2018 hingga 2024 jumlah penagih dadah meningkat sehingga hampir 50 peratus di seluruh negara. Salah Kelantan kah?
“Jika bercakap tentang peningkatan penagih dadah di Malaysia, Kelantan bukan tertinggi.
“Perbandingan dari segi peningkatan secara asasnya di peringkat nasional pada tahun 2018 seramai 130,788 penagih manakala 192,853 pada tahun 2024,” katanya semasa sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, pada Rabu.

Zamakhshari yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kelantan berkata, berdasarkan data, peningkatan jumlah penagih dadah di Kelantan hanyalah sebanyak 43.48 peratus dalam tempoh tersebut.

“Johor mengalami peningkatan 73.5 peratus iaitu 12,313 penagih pada 2018 manakala 21,366 pada 2024.
“Selangor pula meningkat 71.68 peratus iaitu 14,743 penagih pada 2018 manakala 25,338 penagih pada 2024. Pulau Pinang meningkat 59 peratus iaitu 9,084 pada 2018 manakala 14,425 penagih pada 2024”, katanya.

Foto: thesun,my

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2024.

Bagaimanapun, menurut statistik rasmi, Kelantan masih merekodkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia, dengan 1,130 kes bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti oleh Perlis (965), Terengganu (914), dan Kedah (898).

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd