Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Sarjan Alang’ Tak Buat Roadblock Lagi, Pakaian & Aksesori PDRM Kini ‘Disimpan’ Polis

Tindakan seorang insan istimewa dikenali sebagai Sarjan Alang telah mendapat perhatian ramai susulan ada gesaan yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap tindakannya yang melakukan sekatan jalan raya.

Sarjan Alang dipanggil beri keterangan

Susulan laporan daripada netizen berikutan bimbang akan keselamatan individu dan pengguna jalan raya, pengguna Facebook dikenali sebagai Eone Psyco telah memuat naik hantaran menjelaskan keadaan Sarjan Alang ketika ini.

Pakaian dan aksesori Polis milik Sarjan Alang dirampas

Ujarnya, pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kerap tular berpakaian seperti pihak berkuasa telah dipanggil polis selepas ada individu yang membuat laporan.

Jelasnya, mereka diminta untuk memberikan keterangan dan seragam dan kelengkapan Sarjan Alang telah dirampas pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“…mula hari ini mungkin tiada lagi melihat kelibat Sarjan Alang membuat roadblock di Meru atau di mana-mana sekalipun,
“Kami dan Sarjan Alang telah dipanggil oleh pihak polis siang tadi untuk memberikan keterangan mengenai video yang tular baru-baru ini.
“Baju seragam polis dan semua kelengkapan baju yang dia pernah pakai sebelum-sebelum ini telah dirampas dan tindakan sudah pun diambil,” tulisnya.

Terima kasih yang sokong & prihatin

Dalam pada itu, Eone Psyco turut meminta maaf kepada orang ramai diatas perkara tersebut dan berharap orang ramai untuk sama-sama mengambil berat dengan individu berkenaan agar dapat menariknya ke tepi jika dia membuat sekatan jalan raya lagi.

“Susulan itu kami juga memohon maaf kepada anda semua dan seribu kali ucapan terima kasih kepada yang mengambil berat tentang Sarjan Alang.
“Harap selepas ini bila nampak dia buat roadblock tolong tarik ke tepi, bukan buat video untuk tular sehingga orang ramai mendesak PDRM supaya lakukan tindakkan,” tulisnya.

sarjan alang

Artikel lain: 10 Minit Di Angkasa Lepas, Katy Perry Cium Tanah Selepas Mendarat

Mungkin dia akan naik pangkat

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tak henti memberikan sokongan kepada Sarjan Alang dan berjanji akan menciptakan karakter baru buat lelaki itu agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari lagi.

“Mungkin dia akan naik pangkat menjadi detektif pula,” katanya.

Terdahulu, lelaki istimewa yang lengkap berseragam polis telah mencuri perhatian apabila tular videonya melakukan sekatan jalan raya dengan caranya sendiri sehingga ada sesetengah pihak kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Eone Psyco

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd