Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SARA: Beri Peluang Kepada Golongan B40 Beli Keperluan Dahulu – Bos Mydin

Orang ramai yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diingatkan supaya tidak terburu-buru menebus bantuan berjumlah RM100 itu memandangkan tempoh penebusan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.

Beri peluang golongan B40 dulu!

Menurut laporan Sinar Harian, Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera (BRO) Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, ruang masa yang panjang itu seharusnya memberi keutamaan kepada golongan B40 untuk membuat penebusan terlebih dahulu.

“Kita ada masa empat bulan untuk tebus. Jadi, beri peluang kepada golongan B40 yang benar-benar memerlukan untuk membeli keperluan dahulu.
“Masalah berpunca daripada jumlah pengguna yang tinggi dan kekangan sistem untuk mengendalikan 22 juta penerima serentak. Kerajaan sudah beri masa panjang. Harap semua bersabar, elakkan waktu puncak.
“Boleh cuba tebus awal pagi atau malam. Pihak pengendali seperti Microsoft dan Geofreasy sedang bekerja keras untuk selesaikan isu ini,” katanya.
golongan B40

Foto: The Star

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan sistem pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berdepan gangguan susulan jumlah transaksi mendadak ekoran sambutan tinggi daripada penerima.

Artikel lain: Gaji Minimum Pekerja B40 Di Sime Darby Property Dinaikkan Ke RM2,700 Sebulan

Keadaan itu mengakibatkan prestasi terminal pembayaran yang beroperasi melalui rangkaian MyKasih menurun di beberapa lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
golongan B40

Foto: Media sosial

MoF dalam masa sama memohon maaf atas kesulitan yang timbul, selain memberi jaminan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan berjalan lancar.

Sementara itu, Dr Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkata, gangguan pada sistem penebusan mula dikesan sejak 31 Ogos, iaitu pada hari pertama pelaksanaan, apabila transaksi mengalami kelewatan sebaik sahaja melepasi jam 10 pagi.

“Situasi menjadi lebih serius pada hari kedua berikutan lonjakan pengguna yang mahu menebus bantuan serentak. Hari pertama sistem agak perlahan selepas jam 10 pagi. Hari kedua pula lebih teruk kerana ramai nak tebus pada masa yang sama.
“Pihak pengendali sistem telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan sedang mengambil langkah pemulihan. Antara cadangan yang dilaksanakan termasuk mengurangkan penggunaan terminal di setiap cawangan untuk mengurangkan beban sistem,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd