Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Saingan Meningkat, Tesla Turunkan Harga Kenderaan Elektrik Seluruh Dunia

Syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Tesla turunkan harga keretanya di beberapa pasaran utama termasuk China dan Jerman.

Memetik laporan Reuters, penurunan harga yang turut dilaksanakan di AS dilakukan di tengah-tengah penurunan dan perang jualan harga yang sengit, terutamanya terhadap EV di China.

Sebelum ini, pemilik syarikat EV itu iaitu Elon Musk melaporkan penghantaran kenderaannya secara global pada suku pertama jatuh buat kali pertama dalam hampir empat tahun.

“Harga Tesla mesti berubah dengan kerap untuk memadankan pengeluaran dengan permintaan,” kata Musk pada satu hantaran di akaun X miliknya.

Sementara itu, Tesla, peneraju pasaran EV mencetuskan perang harga EV sejak setahun lalu dengan menurunkan harga kenderaannya dengan banyak sehingga mengorbankan margin keuntungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Permintaan EV Semakin Kurang, Tesla Dilapor Pecat 10 Peratus Pekerja Global

Tesla telah memotong harga permulaan Model 3 dikemas kini di China sebanyak 14,000 yuan (US$ 1,930) kepada 231,900 yuan (US$ 32,000).

Tesla turunkan harga kenderaan elektrik di beberapa pasaran

Manakala, di Jerman pula harga Model 3 diturunkan kepada 40,990 euro (US$ 43,670) daripada 42, 990 euro, yang mana ia dilaksanakan sejak Februari lalu.

Langkah sama turut diambil Tesla yang mana syarikat ini menurunkan harga Model Y, Model X dan Model S di AS sebanyak $2,000 pada Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Tesla Turunkan Harga Kenderaan Elektrik

Selain itu, Tesla turut mengurangkan harga perisian pembantu pemandu Pemanduan Sendiri Secara Penuh kepada AS$ 8,000 daripada AS$ 12,000.

Pada masa yang sama, jurucakap Tesla turut mendedahkan terdapat juga pemotongan harga di negara lain seperti di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd