Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sahut Seruan Kerajaan, Guru Lari 4km Ke Sekolah Demi Jimat Minyak

Seorang guru Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan (PJOK) di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) Kasiman mencuri tumpuan ramai selepas memilih untuk berlari sejauh empat kilometer ke sekolah sebagai usaha menjimatkan bahan bakar minyak (BBM) sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahmad Zaki Febiansyah, 34, menjadi tular selepas video berdurasi 36 saat memaparkan rutin uniknya itu dimuat naik di media sosial.

Tindakan Zaki bukan sekadar perhatian semata-mata, tetapi juga respons kreatif terhadap arahan Presiden Prabowo Subianto mengenai penjimatan tenaga, selain disokong inisiatif kerajaan tempatan yang menggalakkan penjawat awam menggunakan pengangkutan mesra alam bagi jarak dekat.

Berbeza dengan saranan menggunakan basikal bagi jarak sekitar tujuh kilometer, Zaki yang berasal dari Kecamatan Padangan memilih berlari sebagai alternatif lebih mencabar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, langkah itu selari dengan peranannya sebagai guru sukan untuk menjadi contoh kepada pelajar.

“Berbeza dengan yang lain berbasikal, saya fikir berlari juga satu bentuk senaman yang boleh dilakukan ketika ke tempat kerja selain memberi contoh menjaga kesihatan,” kata Zaki.

Zaki mengambil masa kira-kira 15 minit 40 saat untuk menempuh jarak empat kilometer dari rumah ke sekolah, sekali gus membuktikan tahap kecergasan yang tinggi.

Keputusan beliau untuk tidak menggunakan kenderaan bermotor juga bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan disiplin kesihatan dalam rutin harian yang sibuk.

Artikel lain: Indonesia Laksana WFH Setiap Jumaat, Jimat Kos Bahan Api – Menteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aksi tersebut turut memberi kesan positif apabila beberapa rakan sejawat mula menunjukkan minat untuk mengikuti langkah sama.

Malah, seorang guru kaunseling dijangka menyertai Zaki berlari ke sekolah pada minggu hadapan.

Beliau berharap usaha kecil itu mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai penjawat awam untuk mengamalkan gaya hidup aktif serta menyokong inisiatif penjimatan tenaga.

“Semoga ini menjadi perkara positif kepada rakan-rakan lain. Isnin nanti saya akan berlari bersama guru Bimbingan Kaunseling,” tambahnya.

Sumber: Instagram ahmadzakifebiansyah_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd