Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

RXZ Member 7.0: Lagi Banyak Diangkut 4×4 Dari Ditunggang Pemilik!

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ dari seluruh negeri.

RXZ member 7.0

Sejak semalam, peserta dilihat mula tiba di sekitar Kuala Terengganu dengan membawa jentera masing-masing.

RXZ MEMBER

Menariknya, sebahagian besar motosikal RXZ yang dianggap jentera kayangan kini diangkut menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4×4) berbanding ditunggang sendiri. Malah, kebanyakan daripadanya turut dibalut rapi bagi mengelakkan kerosakan ketika perjalanan jauh.

Artikel lain:Penganjur Sambut Baik Sokongan PM Anwar Terhadap RXZ Members 7.0

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fenomena itu semakin menjadi bualan apabila satu video tular di TikTok @zifahallamki memaparkan deretan RXZ dibawa masuk menggunakan lori dan 4×4, mencuri perhatian netizen yang kagum dengan tahap penjagaan pemilik terhadap motor ikonik tersebut.

Berdasarkan rekod tahun lalu, acara tahunan ini berjaya menarik hampir 60,000 pengunjung dan bagi edisi 2025, jumlah kehadiran dijangka mencecah lebih 100,000 orang, menjadikan ia antara himpunan motosikal terbesar di Malaysia.

RXZ sendiri kini dianggap motor ikonik yang bernilai tinggi, dengan harga pasaran sesetengah unit mampu mencecah puluhan ribu ringgit, menjadikannya aset bernilai bagi penggemar dua roda.

RXZ MEMBER

Dengan kehadiran peserta dari seluruh pelosok negeri, Gong Badak hujung minggu ini dijangka bergema dengan bunyi enjin dua lejang serta suasana meriah yang menjadi identiti acara RXZ Member sejak edisi pertama dianjurkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @zifahallamki

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Lokal

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd