Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Perpaduan Negara Akan Runding Pengecualian Cukai Untuk Aktiviti Perpaduan – Aaron

Kementerian Perpaduan Negara akan berunding dengan Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mempertimbangkan penyediaan insentif pengecualian cukai kepada syarikat menyumbang secara langsung kepada aktiviti perpaduan di peringkat komuniti.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata langkah ini diharap dapat mendorong lebih banyak entiti korporat untuk menyalurkan sokongan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bersifat inklusif dan memperkukuh keharmonian masyarakat.

Beliau berkata lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat korporat juga diseru untuk tampil aktif dan berperanan dalam menganjurkan program pembangunan komuniti yang berteraskan perpaduan.

Runding pengecualian cukai

Runding pengecualian cukai

“Integrasi sosial memberikan impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat setempat serta memperkukuh keyakinan antara rakyat terhadap peranan bersama dalam membina masa depan negara,” katanya berucap merasmikan Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 di sini hari ini.

Aaron berkata kerjasama rentas sektor ini penting untuk mewujudkan perpaduan mampan dan berkesan dalam semangat Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata perpaduan bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi merupakan usaha kolektif seluruh rakyat termasuk sektor korporat, masyarakat sivil, dan komuniti setempat.

Artikel lain: RMK13 Buka Laluan Baharu! KPT Sedia Perkasa Pendidikan Tinggi Negara

Runding pengecualian cukai

“Dalam semangat Malaysia MADANI, kerjasama rentas sektor ini adalah kunci kepada pencapaian ekosistem perpaduan yang mampan dan berkesan,” katanya.

Sementara itu, program kayuhan tersebut melibatkan perjalanan selama 15 hari, merentasi jarak lebih 1,500 kilometer dari Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau di sini hingga ke Teluk Melano, Sarawak.

Program itu memfokuskan tiga teras utama iaitu Agenda Perpaduan dan Integrasi Nasional, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), dan Semarak Bulan Kebangsaan 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd