Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Salur RM1 Bilion Kepada MADA Rancak Pengeluaran Padi Di Kedah – PM Anwar

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai insentif untuk merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian insentif itu dilaksanakan secara berterusan sebagai usaha untuk memperkukuhkan sektor pertanian, khususnya dalam memastikan bekalan padi negara berada pada tahap mencukupi.

RM1 Bilion Kepada MADA

RM1 Bilion Kepada MADA

“Kita beri RM1 bilion secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan terus menuntut bayaran sebanyak RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan.

Artikel lain: Kedah Mahu RM200 Juta Setahun, Tegaskan Tuntutan Berasas Atas Pengorbanan Tanah Padi

Advertisement. Scroll to continue reading.

RM1 Bilion Kepada MADA

Kedah mahu RM200 juta setahun

Menurut Muhammad Sanusi, tuntutan itu dibuat sebagai insentif khas atas pengorbanan Kedah yang mengekalkan kawasan jelapang padi demi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi.

Untuk makluman, pada Februari lalu, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa peruntukan berjumlah RM1 bilion telah diluluskan kepada MADA sebagai insentif dalam melaksanakan program memperkukuh pengeluaran padi di negeri berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Arif Nizam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd