Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Rogol Adik Hingga Lahirkan Anak Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol atas kesalahan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak bulan lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Majistret Norshazwani Ishak membuat keputusan tersebut selepas meneliti laporan sosial remaja berusia 15 tahun itu yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Remaja berkenaan akan berada di sekolah yang terletak di Telok Mas, Melaka itu selama tiga tahun selain ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan melawat sebulan sekali.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan juvana terbabit mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai perubatan mendapat maklumat daripada kakitangan Klinik Kesihatan mengenai seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melahirkan bayi lelaki cukup sifat pada 16 Februari lalu.

Sebaik pegawai dan kakitangan itu tiba di rumah mangsa, remaja perempuan tersebut berada di atas katil di ruang tamu manakala bayinya berada di dalam besen keadaan uri masih bersambung.

Ibu dan anak berkenaan kemudian dibawa ke klinik kesihatan untuk rawatan sebelum ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd