Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Reformasi Perundangan Malaysia Dapat Pengiktirafan Dunia

Masyarakat antarabangsa, khususnya komuniti perundangan global, mengiktiraf usaha serta inisiatif reformasi perundangan dan institusi yang dilaksanakan secara gigih oleh Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pengiktirafan itu jelas apabila beliau menerima penghormatan untuk menyampaikan pandangan dan penerangan berkaitan usaha reformasi perundangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam forum antarabangsa.

Foto: FB Azalina Othman Said

Menurut beliau, kini berada di Tashkent, Uzbekistan atas jemputan rasmi rakan sejawatnya TYT Akbar Tashkulov, Menteri Keadilan Republik Uzbekistan, bagi menghadiri Tashkent Law Spring International Legal Forum 2025 yang bertemakan “The Age of Digital Technologies: A Legal Perspective of the Future.”

Menerusi hantaran di Facebook, Azalina memaklumkan bahawa pandangan dan penerangan yang dikongsikan juga menyentuh aspek pendigitalan serta era teknologi terkini yang berkembang pesat termasuk dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

“Malaysia telah diberi penghormatan apabila saya dijemput menyampaikan pandangan dalam sesi plenari yang turut disertai pakar-pakar antarabangsa termasuk menteri-menteri kehakiman dan digital dari Emiriah Arab Bersatu, Azerbaijan, Pakistan dan Rusia serta wakil-wakil daripada badan-badan ternama dunia,” tulisnya.

Foto: FB Azalina Othman Said

Beliau menegaskan bahawa penghormatan ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membawa perubahan dan kemajuan dalam landskap perundangan negara.

Sumber: Facebook (Azalina Othman Said)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd