Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Realisasi Pelestarian Plastik, NRECC Pertimbang Henti Sepenuhnya Plastik Sekali Guna Seawal 2026

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) sedang mempertimbangkan untuk henti sepenuhnya penggunaan beg plastik sekali guna seawal 2026 di seluruh negara.

Memetik laporan Berita Harian, Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat ini, dasar itu sudah dilaksanakan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

NRECC Henti Sepenuhnya Plastik Sekali Guna

Katanya, Wilayah Persekutuan secara dasarnya tidak lagi memberikan beg plastik sekali guna sebaliknya menggalakkan penggunaan beg plastik biodegradasi.

“Kementerian sedang mempertimbangkan tiada lagi pemberian beg plastik sekali guna seawal 2026 (atau lebih awal) di seluruh Malaysia.
“Kementerian menerima maklum balas positif daripada sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sudah dijalankan di sembilan negeri.
“Libat urus seterusnya akan dijalankan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ku Abd Rahman (PN-Kubang Pasu) yang meminta penjelasan kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik 2021-2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Semua Agensi Kerajaan Perlu Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna – Nik Nazmi

Nik Nazmi yakin melalui kempen dan sesi libat urus berterusan membabitkan semua pihak, pelestarian plastik dapat direalisasikan.

“Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutama pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat.
“Pada masa sama, kerajaan akan berusaha untuk terus menambah baik pengurusan plastik secara lestari termasuk menangani pencemaran sisa plastik di ekosistem marin,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd