Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Semua Agensi Kerajaan Perlu Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna – Nik Nazmi

Semua agensi kerajaan perlu menghindari penggunaan plastik sekali guna di organisasi masing-masing ketika mesyuarat, majlis rasmi atau sebarang program berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan 12 Julai lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pekeliling itu berhubung Strategi Pelaksanaan Menghindari Plastik Sekali Guna yang telah dibentang dan diambil maklum Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

Nik Nazmi berkata, organisasi terlibat perlu menghindari penggunaan plastik sekali guna seperti menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jag air; dan menggantikan pembalut plastik di piring, pinggan, mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula.

“Semua pihak juga hendaklah tidak menyediakan pinggan/piring/mangkuk/cawan/kutleri bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan straw plastik serta menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Naib Presiden PKR itu turut menyaran amalan-amalan baik iaitu membawa bekas makanan, sudu, garpu dan penyedut minuman yang boleh diguna semula untuk kegunaan peribadi; menggunakan beg woven atau beg khas yang boleh diguna semula semasa membeli makanan dan minuman di kafeteria; serta menguar-uarkan amalan terbaik yang dilaksanakan di dalam semua platform komunikasi terutamanya media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited menangani isu pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna (single-use plastic – SUP) yang memberi kesan negatif kepada kelestarian alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negara.

“NRES juga telah merangka inisiatif pelestarian plastik melalui Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 (Pelan SUP) dan Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 (Malaysia Plastics Sustainability Roadmap – MPSR).
Malah strategi menghindari plastik sekali guna telah mula dilaksanakan di Kementerian ini sejak 2018,” ujarnya.

Tindakan-tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan itu adalah bertepatan dengan pelaksanaan pelbagai usaha kerajaan untuk beralih ke ekonomi rendah karbon selaras dengan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih negara pada tahun 2050.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd