Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ratusan Pelarian Rohingya Berkhemah Depan Pejabat UNHCR, Dakwa Diusir Dari Penempatan Di Pulau Pinang

Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, di sini, hari ini selepas mendakwa diusir keluar dari penempatan mereka di Pulau Pinang.

Difahamkan, kesemua mereka tiba di ibu negara awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas yang disewa sendiri selepas diarahkan meninggalkan kawasan penempatan oleh penduduk tempatan.

Tinjauan di lokasi mendapati mereka mendirikan beberapa khemah di hadapan pejabat UNHCR, manakala kanak-kanak turut dilihat bermain di sekitar kawasan berkenaan. Pegawai dan anggota polis turut berkawal bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam.

Seorang pelarian Rohingya, Rizuan, 28, berkata mereka mengambil keputusan meninggalkan penempatan itu selepas bimbang terhadap keselamatan diri susulan didakwa diancam oleh penduduk tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak tahu sebab apa mereka halau, mereka tak bagi banyak masa untuk keluar, jadi kita semua bawa apa boleh sahaja, barang-barang semua tinggal sana (Pulau Pinang).
“Saya sudah tinggal sana 14 tahun, sebelum ini tak ada masalah. Saya tak tahu apa jadi buat mereka marah. Saya sewa rumah dengan orang Malaysia juga. Mungkin satu dua orang (Rohingya) buat hal kami semua kena,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Rizuan, setakat ini mereka sekeluarga belum mempunyai sebarang perancangan mengenai hala tuju seterusnya dan kini hanya menunggu bantuan daripada UNHCR.

Artikel lain: Malaysia Perketat Pengurusan Pelarian, UNHCR Diminta Henti Pendaftaran Sementara

Katanya, sehingga kini tiada sebarang perkembangan daripada UNHCR mahupun agensi berkaitan, menyebabkan mereka mungkin akan terus berkhemah di lokasi itu sehingga mendapat penempatan baharu yang lebih sesuai, terutama untuk isterinya yang sedang hamil.

Seorang lagi pelarian, Ahmad yang berusia lingkungan 40-an, turut mendakwa tidak mengetahui punca mereka diusir selepas bertahun-tahun menetap di kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya pun tidak tahu pasal apa, mereka datang dan suruh kami pindah. Kami pun tidak mahu cari masalah jadi kami semua naik bas malam tadi dan keluar daripada kampung itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan beberapa bas dipercayai membawa pelarian Rohingya keluar dari sebuah penempatan yang didakwa terletak di Penaga, Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pegawai dan anggota polis di lokasi hanya bertujuan mengawal keselamatan serta ketenteraman awam.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd