Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Pemohon Lesen B Penuh Gagal, Tidak Melepasi Syarat Kelayakan

Ramai individu yang gagal membuat permohonan menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh kerana tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang kakitangan institut latihan memandu swasta, Norma menyatakan lebih kurang 30 pemohon datang untuk mendaftar program itu.

“Namun, semuanya tidak me­menuhi syarat seperti lewat memperbaharui geran dan insurans selain masih belum cukup 10 tahun.
“Sebenarnya, mereka yang berminat boleh memeriksa kelayakan menerusi portal MyJPJ,” katanya.

Wanita itu berkata, jika syarat-syarat kelayakan memohon dilonggarkan dan masih mengekalkan keselamatan pemohon, bilangan yang layak mungkin akan bertambah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat hari ini sudah lebih 30 orang ini menunjukkan ramai yang berminat,” katanya lagi.

Foto: Utusan Malaysia 

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober.

Namun begitu, Loke berkata, syarat yang ditetapkan perlu dipenuhi, seperti menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.

Beliau turut menjelaskan program peralihan ini melibatkan sesi dua jam yang merangkumi latihan praktikal menunggang, penerangan tentang teknik pemanduan selamat, dan panduan mengendali motosikal berkuasa tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  Utusan Malaysia (Megat Lutfi Megat Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd