Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Ram Singh Tak Pernah Dipengaruhi Politik, Pegang Etika Profesion

Ram Singh Tak Pernah Dipengaruhi Politik

Peguam terkemuka, Datuk Ram Singh menegaskan beliau tidak pernah menerima, meminta atau dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau pihak lain dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Mewakili seorang daripada lima remaja yang didakwa, Ram menolak keras dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan integritinya dengan sindiran gambar yang disebarkan.

“Saya mengambil maklum dengan kebimbangan sekeping gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial dengan sindiran yang mencadangkan integriti saya terjejas dalam satu perkara yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak.
“Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya.

“Sepanjang masa, saya telah menjalankan tugas mengikut standard etika tertinggi profesion undang-undang dan peraturan tata kelakuan profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Ram Singh Tak Pernah Dipengaruhi Politik

Ram sebelum ini memberitahu media bahawa beliau mengambil kes itu secara pro bono. Keputusannya untuk membela remaja terbabit turut menarik perhatian ramai warganet.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Ram Singh Beri Khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, lima remaja berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 507C (1) kerana menghina orang lain.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Ram menegaskan bahawa sebagai pegawai mahkamah, adalah menjadi tugasnya untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya melaksanakan tugas itu dengan teliti dalam kes ini. Saya menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan sindiran tidak berasas ini.
“Sekiranya pembohongan ini berterusan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua langkah undang-undang yang perlu bagi melindungi nama dan kedudukan profesional saya,” tegasnya.

Sumber:  Harian Metro (Olivia Miwil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd