Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Raja Norway Dirawat Di Malaysia, Jatuh Sakit Ketika Percutian

Raja Norway dirawat di Malaysia susulan  mengalami jangkitan sewaktu melakukan lawatan di negara-negara Asia baru-baru ini.

Memetik laporan dari Reuters, Raja Harald V, 87 telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, Kedah.

Dapat penjagaan yang baik

Menurut jurucakap diraja, baginda telah jatuh sakit ketika percutian di Malaysia dan telah mendapat penjagaan yang baik sepanjang disana.

“Baginda jatuh sakit ketika percutian di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana, susulan jangkitan.
“Baginda menerima penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata keluarga diraja.

Antara ketua negara yang tertua di Eropah

Raja Harald menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, baginda berulang kali dimasukkan ke hospital akibat jangkitan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baginda juga sudah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon adalah Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd