Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Raikan Guru Bersara, Murid Hulur Duit RM1 Sambil Menangis Teresak-Esak

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina.

Murid bagi RM1 sempena guru bersara

Dalam video dikongsi pengguna @SyiNaz, kelihatan deretan murid beratur panjang untuk bersalaman buat kali terakhir dengan guru kesayangan mereka.

bersara

Namun yang meruntun jiwa, hampir setiap seorang daripada mereka menangis teresak-esak sambil memeluk dan mengucapkan selamat tinggal.

Artikel lain: Hilang Minat Mengajar Punca Lebih 19,000 Guru Bersara Awal – Timbalan Menteri Pendidikan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kasih seorang murid terhadap guru jelas terpancar apabila mereka hadir tidak dengan tangan kosong, malah ada yang membawa hadiah kecil dan ada yang memberi makanan ringan.

Namun momen paling menyayat hati apabila seorang murid lelaki, sambil menahan tangis, menghulurkan hanya RM1 kepada gurunya.

bersara

Mungkin itu sahaja yang dia ada, tetapi kesungguhannya untuk tetap memberi sesuatu membuat ramai penonton sebak. Ada juga murid yang menghadiahkan keropok, tanda ingatan yang mungkin sederhana tetapi penuh makna.

Kapsyen yang disertakan bersama video itu menambah lagi rasa hiba:

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sosok seorang guru pasti ada rasa kasih kepada anak didiknya. Marahnya dalam memberi ilmu, tegasnya dalam memberi teguran, bukan untuk siapa-siapa melainkan untuk murid yang dikasihi,” katanya.

Pelukan demi pelukan antara Cikgu Salina dan murid-muridnya memperlihatkan betapa ikhlasnya hubungan seorang pendidik dengan anak didiknya.

Tangisan mereka seakan membuktikan, ilmu dan kasih sayang yang dititipkan selama ini bukan sekadar meninggalkan kesan, malah membina ikatan jiwa yang sukar dilupakan.

bersara

Video ini akhirnya menjadi simbol kasih sayang dua hala iaitu antara seorang guru yang mencurahkan segalanya, dan murid-murid yang membalas dengan penghormatan paling tulus.

“Hari ini, dunia menyaksikan lagi air mata kasih guru kepada murid dan air mata murid kepada gurunya yang tidak lagi akan bersua di dalam dunia didikan. Selamat bersara Cikgu Salina, semoga terus berbahagia,” tulisnya.

Sumber: TikTok @SyiNaz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd