Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rai Kemenangan Argentina, Messi Hadiahkan Rakan Sepasukan 35 iPhone Emas

Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan membeli 35 buah iPhone emas dengan nilai keseluruhannya  £175,000 (RM941,000) untuk dihadiahkan kepada rakan sepasukannya yang berada dalam pasukan kebangsaan sewaktu memenangi Piala Dunia 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak hadiahkan sesuatu yang istimewa

Memetik laporan dari Harian Metro bersumberkan media tempatan, Messi telah menghadiahkan telefon isitmewa tersebut dengan ukiran nama masing-masing berserta nombor jersi yang terdapat logo Argentina diatasnya.

Ujar sumber, Messi ingin memberikan sesuatu yang istimewa kerana menjadi sebahagian yang bersejarah dalam kehidupannya.

“Lionel mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan amat bermakna bagi meraikan detik bersejarah dalam hidupnya.
“Dia menghubungi syarikat Ben Lyons dan mereka membuat keputusan bersama dalam pemilihan reka bentuk dan corak.” jelasnya.

Menurut CEO iDesign Gold dikenali sebagai Ben, Messi bukan hanya menjadi antara pemain pujaan ramai tetapi turut merupakan pelanggan setia iDesign Gold.

Lionel bukan sahaja menjadi pujaan peminat seluruh dunia tetapi dia antara pelanggan paling setia IDesign Gold dan kerap berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia.”

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan detik bersejarah tetapi tidak mahu sesuatu yang biasa seperti jam.
“Jadi, saya cadangkan iPhones emas 24 karat yang terukir nama pemain dan dia tertarik dengan idea itu.” katanya.

Untuk rekod, pasukan Argentina telah menjadi juara dalam saingan Piala Dunia 2022 dengan Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram idesigngold, Harian Metro 

 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd