Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PUTERA MIC Bimbang Nasib Belia, Jumlah Penganggur Cecah 511,800 Orang

PUTERA MIC menyuarakan kebimbangan terhadap trend peningkatan kadar pengangguran negara khususnya dalam kalangan belia yang disifatkan mampu memberi kesan besar kepada masa depan ekonomi dan sosial negara sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh.

Ketua PUTERA MIC Kebangsaan, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata, kadar pengangguran negara yang meningkat kepada 3.0 peratus pada April 2026 dengan jumlah penganggur mencecah 511,800 orang merupakan perkembangan yang perlu diberi perhatian serius.

Menurutnya, keadaan lebih membimbangkan apabila kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun kekal tinggi pada 10.2 peratus melibatkan 290,800 orang, manakala pengangguran bagi golongan belia berumur 15 hingga 30 tahun meningkat kepada 6.3 peratus dengan jumlah 394,700 orang.

“Angka ini memberi gambaran jelas bahawa cabaran sebenar pasaran buruh negara bukan sekadar kekurangan peluang pekerjaan.
“Ia turut berpunca daripada isu ketidakpadanan kemahiran (skills mismatch), ketidakpadanan pekerjaan (job mismatch) serta kegagalan sistem pembangunan modal insan negara untuk bergerak seiring dengan keperluan ekonomi masa depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, walaupun pelbagai inisiatif latihan dan peningkatan kemahiran telah diperkenalkan menerusi HRD Corp, TalentCorp, Majlis TVET, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta beberapa kementerian, kadar pengangguran belia masih kekal tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, situasi itu menunjukkan wujud jurang yang ketara antara latihan yang disediakan dengan pekerjaan yang benar-benar diperlukan oleh industri.

Dr. Shatesh Kumar turut membangkitkan kebimbangan terhadap jumlah penganggur tidak aktif yang kini mencecah 104,700 orang kerana mereka percaya tiada pekerjaan yang sesuai atau tersedia untuk mereka.

Beliau berkata, sekiranya keadaan tersebut berterusan, Malaysia berisiko berdepan krisis lost generation yang akan memberi kesan kepada kestabilan negara dalam jangka panjang.

“Trend ini bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan generasi muda.
“Malah ia boleh menyebabkan penurunan kuasa beli rakyat, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, peningkatan ketidaksamaan pendapatan serta pelbagai masalah sosial yang akhirnya memberi kesan kepada kestabilan negara,” ujarnya.

Foto: Janaan AI

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan tiga reformasi besar yang terbukti berjaya di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia perlu mencontohi model Jerman dan Switzerland yang mempunyai sistem apprenticeship antara terbaik di dunia dengan memberi jaminan penempatan latihan industri berbayar selama enam hingga 12 bulan kepada graduan baharu, lepasan TVET dan pencari kerja belia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendekatan ini berjaya menurunkan kadar pengangguran belia di kedua-dua negara kerana latihan dibina terus berdasarkan keperluan industri sebenar.
“Ia bukan semata-mata tertumpu kepada pembelajaran di bilik kuliah,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan skim jaminan pekerjaan pertama untuk belia berusia bawah 30 tahun seperti yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah menerusi konsep Youth Guarantee.

Ujarnya, menerusi mekanisme tersebut, setiap belia yang menganggur melebihi empat bulan perlu ditawarkan pekerjaan, latihan kemahiran, program perantisan atau peluang pendidikan lanjutan.

“Pendekatan ini telah membantu mengurangkan kadar pengangguran belia secara signifikan di beberapa negara Kesatuan Eropah.
“Pada masa sama, ia memastikan golongan muda tidak terperangkap dalam pengangguran jangka panjang,” ujar Dr. Shatesh.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan sebuah gerakan nasional yang memfokuskan latihan intensif dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), keselamatan siber, analitik data, ekonomi hijau, automasi dan teknologi digital.

“Singapura melalui pendekatan SkillsFuture telah membuktikan bahawa pelaburan besar dalam kemahiran masa depan mampu meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta mempercepatkan transformasi ekonomi negara.
“Malaysia tidak boleh terus melatih belia untuk pekerjaan semalam sedangkan ekonomi dunia sedang mencipta pekerjaan baharu setiap hari,” tambahnya lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd