Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pukul OKU: Mangsa Dirawat Di Pusat Psikiatri HSNZ, Ceria Terima Lawatan – Exco Terengganu

Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di pusat psikiatri Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ).

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh atau mesra digelar Paijang kelihatan ceria menerima kunjungan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim pada Isnin.

OKU yang dipukul kini dirawat di pusat psikiatri HSNZ

OKU Dirawat Di Pusat Psikiatri HSNZ

Foto: Sinar Harian

Menurut Maliaman, Paijang yang berusia 47 tahun itu menghidap bipolar disorder dan dimasukkan ke pusat rawatan tersebut pada malam Jumaat lalu selepas dirawat di Hospital Kemaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika ini Paijang dalam keadaan stabil dan ceria sebaik menerima kunjungan kami dan dia nampak gembira apabila bertemu rakan sekolahnya yang turut sama menziarah.
“Namun, sepanjang pertemuan tadi kami sebolehnya cuba mengelak daripada menyentuh mengenai cerita-cerita yang membuatkan dia sedih kerana kesan kecederaan akibat dipukul masih berbekas pada badannya,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Psikiatri HSNZ di sini pada Isnin.

Artikel lain: Seorang Lagi Ditahan Kes Pukul OKU Mental Di Pasar Tani

Dalam pada itu, Maliaman turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang membuat tuduhan melulu termasuk melabel Terengganu sebagai tidak selamat.

Menurutnya, keluarga mangsa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan mangsa berada dalam kawalan sekaligus mengelak berlakunya kejadian serupa.

OKU Dirawat Di Pusat Psikiatri HSNZ

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang berlaku berpunca daripada segelintir masyarakat yang tidak mampu mengawal emosi dalam keadaan marah, namun tidak boleh menyamakan semua masyarakat Terengganu sebegitu.
“Apa yang berlaku ini dalam tindakan kerajaan negeri dan kita akan mengadakan mesyuarat khas berhubung kes itu.
“Mengenai kejadian menimpa Paijang, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan beri ruang kes ini mendapat keadilan sewajarnya,” ujarnya.

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul secara beramai-ramai di hadapan orang ramai di sebuah pasar.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa menunggang motosikal dan memasuki tapak pasar tani itu lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan di gerai tersebut terjatuh.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd