Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal Mulai 1 Mac 2024 – HASiL

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal (BNCKM) telah dimuat naik di Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai bagi tujuan mengemukakan BNCKM mulai 1 Mac 2024.

Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal

Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun mengikut panduan mudah seperti melayari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my, llik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata CKM atau menerusi capaian pantas di pautan berikut:

Versi Bahasa Malaysia: https://www.hasil.gov.my/borang/program-memfail-borang-nyata-ckm/
Versi Bahasa Inggeris: https://www.hasil.gov.my/en/forms/cgt-return-form-filing-programme/
Foto: BERNAMA
Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal yang terdiri daripada:
i. Saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadankan di Malaysia; atau
ii. Saham syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua – duanya di bawah seksyen 15C Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967),
adalah tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal (CKM) di bawah ACP 1967.
Entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan CKM. Pengemukaan BNCKM dan bayaran CKM hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal.
Foto: Utusan
Walau bagaimanapun, pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai dan TIDAK tertakluk kepada pengemukaan BNCKM.
Pelaporan CKM adalah mandatori melalui medium elektronik e-CKM.
Pembayar cukai atau ejen cukai berlesen yang dilantik boleh mengakses e-CKM melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.
Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, HASiL mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 1 Januari 2024.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd