Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Sungai Bakap: MUDA Tidak Bertanding, Fokus Agenda Isu Rakyat

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang diadakan pada 6 Julai depan.

MUDA berkata, selepas beberapa siri perbincangan bersama pimpinan MUDA pusat dan pimpinan MUDA negeri Pulau Pinang, mereka memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Sungai Bakap dan memberikan fokus kepada agenda isu rakyat.

Foto: Malaysiakini

“Menumpukan peranan sebagai kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia.
“MUDA akan terus menjadi suara rakyat di dalam dan luar parlimen dengan memberi tekanan kepada isu-isu kos sara hidup, peruntukan adil kepada semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, serta meneruskan reformasi institusi yang belum terlaksana,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, MUDA juga telah menyuarakan beberapa perkara selain memberikan tekanan terhadap beberapa isu penting yang berlaku dalam negara sekali gus memaklumkan bahawa kesemua isu terbabit memerlukan perhatian dan tindakan segera demi kepentingan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seperti laporan daya saing dunia IMD 2024 di mana Malaysia kini berada di tangga ke-34 berbanding ke-27 sebelum ini, isu inflasi yang semakin meningkat, intimidasi SPRM terhadap dua peguam, isu pelantikan SPRM Azam Baki, serta janji-janji pilihan raya kecil yang berbentuk populis,” jelasnya.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, MUDA turut memberitahu telah menyelesaikan fasa pertama agenda rejuvenasi parti, iaitu melancarkan pendaftaran baharu secara digital dan pautan portal keahlian MUDA melalui https://partimuda.org pada Jun 2024.

MUDA juga memaklumkan akan menumpukan perhatian kepada pelan agenda rejuvenasi fasa kedua dan gerak kerja politik khidmat di peringkat negeri dan parlimen.

Sumber: Facebook Parti MUDA Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd