Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Nenggiri: Zahid Tegaskan Tiada Masalah Calon BN Guna Helikopter Ketika Berkempen

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tiada sebarang masalah jika mahu menggunakan helikopter ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurut laporan Berita Harian, Ahmad Zahid berkata, tidak ada masalah sekiranya calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mahu menggunakan pesawat atau barangan mewah semasa berkempen. 

Foto: Facebook Zahid Hamidi

“LV (Louis Vuitton) pun boleh pakai, helikopter pun boleh pakai,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa menghadiri Program Temu Mata Bersama Masyarakat Kampung Limau Kasturi, Gua Musang semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa perkara itu tiada masalah kerana helikopter berkenaan bukan milik kerajaan, malah tidak dibayar oleh kementerian.

Foto: Facebook Tan Sri Annuar Musa

“Itu bukan helikopter kerajaan, bukan dibayar oleh kementerian. Kalau dia (Mohd Azmawi Fikri) nak pakai, saya tiada halangan,” jelas beliau.

Sebelum ini, Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Nenggiri Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan penggunaan helikopter pada kempen pilihan raya terbabit.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga memberitahu hasil semakan mendapati kos sewaan helikopter yang mempunyai lebih lima kerusi ialah kira-kira RM350,000, yang mana dikira melanggar had kos kempen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Sementara itu, turut hadir dalam program berkenaan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Zawawi Othman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd