Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkasa Sistem Pendidikan, Kerajaan Akan Wajibkan Prasekolah Seawal Usia 5 Tahun

Kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah seawal kanak-kanak seawal usia lima tahun demi memperkukuh keberhasilan sistem pendidikan negara.

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendedahkan pihaknya akan mempertingkatkan lagi kemudahan prasekolah di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) terutamanya di kawasan desa.

Prasekolah seawal usia 5 tahun

Prasekolah seawal usia 5 tahun

“Kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus dan menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat,” katanya.

Kerajaan turut memberi penekanan terhadap pemerkasaan penguasaan Bahasa Melayu di semua peringkat pendidikan.

Pada masa yang sama, Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai medium pembelajaran dan perhubungan, manakala pembelajaran bahasa tambahan pula akan diperluaskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, tumpuan juga diberikan kepada pengukuhan pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi digital.

Artikel lain: Kerajaan Teliti Cadangan Halang Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Miliki Akaun Media Sosial

Prasekolah seawal usia 5 tahun

Kerajaan tidak teruskan cukai bernilai tinggi - PM - Sinar Harian

Langkah ini termasuk pengenalan asas kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja masa depan yang bernilai tinggi.

“Sistem pendidikan negara akan diperkemas supaya lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan.
“Oleh itu, KPM bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal selia pendidikan prasekolah hingga menengah.
“Bagi pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi akan diselaras Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan” jelasnya.

Sumber: Berita Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd