Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Terima PPTM 2025-2035, Capai Visi Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi telah menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035) selepas sembilan bulan rangka tindakan (blueprint) pendidikan tinggi yang baharu itu disiapkan.

Diketuai oleh Datuk Prof. Emerita Dr. Asma Ismail, dokumen yang telah disiapkan penuh dengan dedikasi dari Kumpulan Pakar PPTM 2025-2035 akan dibentangkan oleh Zambry ke peringkat seterusnya sebelum dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

KPT terima PPTM 2025-2035, bakal dilancarkan tidak lama lagi

PPTM 2025-2035

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata pembangunan rangka tindakan ini melibatkan lebih 8,226 pihak berkepentingan melalui sesi perbincangan, validasi dan tinjauan kebangsaan serta disiapkan dalam sembilan bulan.

“Tempoh ini jauh lebih singkat berbanding rangka tindakan sebelumnya yang mengambil masa dua tahun. Proses penyelidikan ini turut merangkumi lebih 240 mesyuarat, 100 kajian rujukan dan 181 individu termasuk pakar akademik serta lebih 22 penulis dari Universiti Putra Malaysia (UPM),” kata KPT dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PPTM 2025-2035 menekankan akses pendidikan inklusif, transformasi digital dan daya saing global serta mencatat pencapaian asas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, pelaksanaan rangka tindakan ini memerlukan komitmen kerajaan, institusi pendidikan tinggi, industri dan masyarakat bagi memastikan Malaysia terus relevan dalam landskap pendidikan tinggi global.

Pada masa yang sama, Zambry menegaskan PPTM 2025-2035 adalah hasil usaha anak tempatan tanpa bergantung kepada perunding asing, sekaligus membuktikan keupayaan pakar Malaysia dalam merangka hala tuju pendidikan tinggi negara.

Artikel lain: Selaras Dengan Hasrat KPWKM, Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 Perluas Jaringan Profesionalisme

Majlis Sign Off PPTM 2025-2035 petang semalam menandakan KPT sudah bersedia memacu permulaan baharu bagi pendidikan tinggi negara dengan penekanan kepada inovasi kebolehpasaran graduan pemerkasaan akademik dan industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pelan ini dijangka akan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam dekad akan datang serentak merealisasikan visi sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Haji Mohd Zahari Ismail dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd