Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Positif Influenza A Ketika Hamil, Wanita Kongsi Pengalaman Perit – “Sakit Badan Dia Macam…”

Seorang wanita hamil yang dikenali sebagai @Harma Haris di Facebook menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman peritnya disahkan positif Influenza A.

Demam influenza A ni sakit badan dia seperti nak menghengsot

Dalam perkongsian panjangnya, Harma turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah soal kesihatan dan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat sesak.

Katanya, jangkitan itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas.

Influenza A

Foto: FB Harma Haris

“Kepada semua, please stay at home. Jangan pergi tempat ramai orang. Lagi-lagi kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas yang berisiko tinggi.
“Memang penyakit ni mana-mana boleh dapat, duduk rumah pun boleh dapat, tapi selagi boleh elak, elakkan,” tulisnya.

Artikel lain: Vaksin Tdap Diberi Percuma Buat Ibu Mengandung – KKM

Menurut Harma, sebelum disahkan positif, dia sering mengalami tanda-tanda awal seperti demam ringan dan keletihan, namun tetap gagahkan diri bekerja menyiapkan tempahan inai pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku masih aktif pergi berinai client sana sini, sampai satu hari empat slot henna. Nak menunjukkan di sini, aku lawan rasa sakit yang sikit-sikit tu,” kongsinya.
Influenza A

Foto: FB Harma Haris

Namun, keadaan kesihatannya berubah mendadak apabila seluruh badan mula terasa sakit luar biasa hingga menggigil dan sukar bergerak.

“Rupanya demam influenza ni sakit badan dia seperti nak menghengsot!  Sendi, pergelangan tangan, isi kulit semua terasa sakit nyucuk-nyucuk. Selsema, batuk, tekak perit sampai nak telan pun susah,” katanya.

Disebabkan risaukan keadaan diri dan kandungan, Harma segera ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. Apa yang disangkakan pemeriksaan biasa bertukar cemas apabila tekanan jantung dan nadi didapati tidak normal.

Influenza A

Foto: FB Harma Haris

“Degup jantung laju sangat, nafas pun sukar, dada cungap-cungap. Kena tukar uniform, masuk Zon Kritikal dan dipasang oksigen,” ujarnya.

Menurutnya, sehingga kini dia masih berada di zon kecemasan kerana wad penuh dengan pesakit lain yang turut mengalami jangkitan sama.

Menutup perkongsiannya, Harma mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap kesihatan diri dan keluarga, serta tidak mengambil ringan sebarang tanda awal penyakit.

Sumber: Facebook @Harma Haris

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd