Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MPV Ubah Laluan Tiba-Tiba Punca Polis Trafik Kemalangan Ketika Iring Delegasi Brazil

Seorang anggota polis trafik cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai mengubah laluan secara tiba-tiba hingga menyebabkan kemalangan ketika beliau sedang mengiringi delegasi Brazil sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Jalan Tun Razak, berhampiran susur ke PWTC, hari ini.

Polis trafik kemalangan ketika iringi delegasi

Memetik laporan daripada Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyatakan kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi dan melibatkan anggota berpangkat Lans Koperal berusia 25 tahun yang menunggang motosikal Honda VFR 800P5 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Kemalangan berpunca daripada pemandu Perodua Alza yang tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota polis trafik alami kecederaan & dihantar ke hospital

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami retak pada pergelangan tangan kiri serta luka di bibir dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

polis trafik

Artikel lain: Trump Puji Peranan Malaysia Selesai Konflik Sempadan Thailand-Kemboja 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Yusri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, selain menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati serta patuh pada arahan polis trafik sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.

Sumber: Harian Metro (Suharmin Yusuf)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd