Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Polis Thailand Berjaya Tahan Rakyat Malaysia Rompak Kedai Emas Di Hat Yai

Polis Thailand berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Malaysia pada petang Rabu selepas disyaki terlibat dalam satu kes rompakan melibatkan kedai emas di daerah Nonthaburi baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian ke-6, Kol. Pol. Anusorn Thongsai mendedahkan suspek yang melakukan rompakan kedai emas di Hat Yai itu dipercayai rakyat Malaysia dan cuba melarikan diri ke Bangkok.

Polis Thailand berjaya tahan suspek rakyat Malaysia

Polis Thailand Berjaya Tahan Rakyat Malaysia

Foto: Kosmo Online

Suspek  berusia 61 tahun itu ditahan semasa menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi setelah cuba menyamar menggunakan pelbagai identiti bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa negara berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki bas dari Hat Yai ke stesen bas Mochit di Bangkok sebelum cuba menaiki teksi ke rumah anaknya di Nonthaburi.
“Anggota polis berjaya menahan suspek ada kira-kira 6:30 petang waktu tempatan bersama barang curian berupa emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup,” kata Anusorn pada Rabu.
Polis Thailand Berjaya Tahan Rakyat Malaysia

Foto: Utusan Malaysia

Artikel lain: Lelaki Rompak Kedai Emas Demi Kahwini Kekasih Gelap

Suspek direman bagi mendapatkan siasatan lanjut dan segala hukuman akan dikenakan mengikut undang-undang di negara tersebut.

Berdasarkan sisasatan awal, suspek didapati bertindak sendirian dengan menaiki motosikal dan merompak sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai sekitar jam 11:50 pagi Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Polis Thailand telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan waran tangkap  dan memperketatkan lagi kawalan di semua pintu keluar sempadan bagi menghalang suspek daripada berjaya melarikan diri.

Untuk rekod, suspek menggunakan sepucuk pistol ketika rompakan dan berjaya membawa lari emas bernilai lebih kurang sembilan juta baht (RM1.17 juta).

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd