Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Kes Seleweng Duit Zakat RM9.7 Juta Di Perak, Selangor & Terengganu

Pihak polis menyiasat sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki seleweng duit zakat sebanyak RM9.62 juta.

Syarikat gagal deposit wang zakat dari Mac-September 2023

Memetik laporan dari Bernama, siasatan telah dijalankan selepas syarikat berkenaan dipercayai gagal mendepositkan wang zakat sejak bulan Mac hingga September 2023.

Kes seleweng duit zakat di Selangor, Perak & Terengganu

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, kes berkenaan antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu.

Ujarnya lagi, dua kes lain pula telah direkodkan di Selangor, diikuti satu kes di Terengganu dan satu kes di Perak dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682.00 selepas disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya.

Kes Seleweng Duit Zakat

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Baru Tingkatan 2, Remaja Perempuan Tunai Zakat Perniagaan RM10,000!

Polis beri amaran keras supaya kes seleweng duit zakat tak terulang lagi

Dalam pada itu, Ramli menegaskan pihak JSJK memberikan amaran keras kepada para pelaku jenayah berkenaan bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan kes seperti ini tidak berulang lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, perkara tersebut amat mendukacitakan apabila wang zakat telah diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutipnya.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat adalah satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim.
“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ianya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama,” katanya.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd