Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Berkas Lelaki Larikan Kereta Dinaiki Enam Murid

Seorang lelaki diberkas selepas membuat cubaan melarikan kereta yang dinaiki enam murid di Kundasang, Sabah petang semalam.

Lelaki larikan kereta dinaiki enam murid

https://www.facebook.com/100064717001937/videos/pcb.751561797011047/718367682960205

Kejadian tersebut didakwa berlaku kira-kira pada pukul 5 petang di hadapan sebuah kedai runcit di sebuah kampung, lapor Kosmo! Online.

Suspek berjaya diberkas anggota unit kereta peronda (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gadis Curi Kad ATM Beli Telefon Bimbit Berjenama Telah Berjaya Diberkas Polis

Kejadian yang sempat dirakam itu tular di media sosial memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak menangis.

https://www.facebook.com/100064717001937/videos/pcb.751561797011047/294302266760438

Menerusi satu kenyataan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporann berhubung seorang lelaki melarikan kereta Proton Persona.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, lelaki itu tidak perasan kereta tersebut mempunyai penumpang enam orang murid sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.
“Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd