Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PN Kesal Dengan Kerajaan MADANI, Gesa Polis Tarik Notis Terhadap Azmin Ali

Parti Perikatan Nasional (PN) meluahkan rasa kesal terhadap Kerajaan MADANI sekali gus menggesa pihak polis untuk menarik semula notis yang diberikan kepada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menganggap tindakan menyerahkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah (KAJ) terhadap Azmin merupakan perkara bertentangan dengan kekebalan dan perlindungan yang diberi kepada ADUN untuk mengemukakan hujah di dalam dewan tersebut.

Foto: The Star

“Berdasarkan butiran dalam Notis Seksyen 111 KAJ yang diserah kepada Datuk Seri Azmin Ali nyata tercatat dengan jelas bahawa siasatan yang dilakukan oleh pihak PDRM adalah berkenaan dengan ucapan beliau di dalam Dewan Negeri Selangor pada 28 Februari 2024, jam 3.30 petang.
“Komunikasi antara pihak Polis dan Datuk Seri Azmin Ali dalam proses penyampaian notis tersebut jelas menyebut bahawa siasatan dilakukan berkaitan dengan perbahasan yang dibuat oleh beliau dalam Dewan Negeri Selangor,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang cuba menafikan dakwaan melakukan siasatan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Azmin dalam ucapannya pada 28 Februari lalu dan ia sebenarnya berkaitan dengan pendedahan fakta salah adalah tidak berasas sekali gus cuba untuk menutup kesilapannya.

Foto: NSTP

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ternyata ianya adalah satu dalihan fikir kemudian (after thought excuse) setelah tindakan yang tidak demokratik tersebut menerima kritikan demi kritikan daripada rakyat,” ujarnya.

Tegasnya, walaupun fakta-fakta tersebut didedahkan mengikut sumber yang kononnya bersifat sulit tetapi Azmin serta mana-mana ahli Parlimen dan ADUN masih memiliki kekebalan seperti dinyatakan di bawah Perkara 77 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dibaca bersama Seksyen 2 dan 3.

“Ini apatah lagi bila mana beliau menimbulkan isu tatakelola pentadbiran yang perlu diperbahaskan sebagai semak dan imbang kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui saluran yang betul,” jelasnya.

Selain meluahkan rasa kesal terhadap polis dan kerajaan yang dianggap sanggup menggunakan pelbagai helah bagi menutup ruang perdebatan isu, Takiyuddin turut menegaskan bahawa PN akan kekal dengan pendirian sekali gus menggesa mereka untuk menarik semula Notis secara serta merta.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd